MASJID Kampung Hulu yang terletak di tengah-tengah bandar Melaka sudah berusia 283 tahun. Rumah Allah yang dibina oleh seorang pendatang dari negara China itu sudah merentasi beberapa zaman. Namun, reka bentuk dan struktur konkritnya masih utuh dan tersergam indah.
Masjid Kampung Hulu tidak pernah sunyi sehingga kini. Alunan ayat-ayat suci al-Quran sentiasa bergema di corong-corong pembesar suara.
Para jemaahnya pula merentasi benua. Wajah-wajah unik dari Tanah Arab mahupun dari China sesekali mendominasi ruang masjid tertua di Melaka itu. Ketika Ramadan, syiar Islam di Masjid Kampung Hulu dikatakan lebih terkesan dan terserlah.
Sejak zaman berzaman, setiap kali Ramadan, masjid itu akan diimarahkan dengan ibadah yang tidak pernah putus sejak fajar mula menyingsing sehingga lewat pagi.
Jemaah bukan saja didorong menunaikan solat sunat tarawih dan bermoreh, tetapi diajak bersama-sama menyemarakkan majlis witriah.
Setiausaha Biro Ekonomi Masjid Kampung Hulu, Yusop Tambri. Yusop yang juga kariah masjid tersebut sejak berumur 12 tahun berkata, tempat ibadat itu sememangnya dekat di hati masyarakat Kampung Hulu.Beduk atau gendang yang digunakan bagi menandakan masuk waktu solat pada zaman dulu hanya terdapat di masjid ini.
Sebaik azan dilaungkan, kurma dijamah dan tanpa mengenal latar belakang, empat individu berkongsi nasi yang dihidangkan dalam satu dulang.
Sudah terbiasa makan di masjid, seorang jemaah Myanmar yang mahu dikenali sebagai Ahmad, 32, memberitahu, kemiskinan hidup telah mengheretnya ke masjid tersebut.
“Saya bersyukur kerana orang masjid di sini melayan orang luar dengan baik,” katanya.
Seorang jemaah wanita, Latifah Awang, 51, berkata, masjid itu telah mengikat hubungan persaudaraan dengan para jemaah lain.
“Selain gembira makan bersama, kami sesama jemaah sudah menjadi kawan baik,” katanya yang sering ke masjid tersebut sejak dua tahun lalu.
Siti, 27, yang tinggal di Peringgit, Melaka pula sanggup hadir ke masjid kerana baginya aura masjid itu sungguh mempesona dan sukar didapati di mana-mana.
Meskipun Masjid Kampung Hulu dikelilingi kedai-kedai yang diusahakan oleh peniaga kaum Cina, ia sedikit pun tidak mengganggu keharmonian masjid ini.
Orang Cina di sini tak pernah merungut sebaliknya mereka sentiasa mengharapkan masjid ini meriah. Mereka menjadikan sebagai panduan untuk bangun dan mula bekerja.Sumber asal artikel dan gambar : Kosmo Online
Read more...