GUEST BOOK

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Salam Kemaafan di Aidilfitri

Eid Mubarak 2011 Slideshow: Kamarul’s trip to Kampung Pulau Sebang (near Kampong Masjid Tanah), Melaka State, Malaysia was created by TripAdvisor. See another Kampong Masjid Tanah slideshow. Create a free slideshow with music from your travel photos.

Pesta Buku 2011


Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur tiba lagi. Seperti biasa Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) menjadi medan pesta untuk warga buku yang berlangsung dari 22 April hingga 1 Mei 2011. Para penerbit dan penjual buku mempamerkan terbitan masing-masing. Terdapat juga multimedia dengan pelbagai isi kandungan yang sungguh berwarna-warni. Sebanyak 750 gerai telah habis dijual. Sungguh laris. Lebih 100 permintaan lagi tidak dapat dipenuhi. Ramai lagi terlepas peluang disebabkan tiada ruang yang kosong. Cuba lagi tahun hadapan. Siapa cepat dia dapat.

Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2011 (PBAKL 2011) dianjurkan oleh Majlis Buku Kebangsaan Malaysia (MBKM), Kementerian Pelajaran Malaysia dan Majlis Industri buku Malaysia yang dianggotai oleh persatuan-persatuan seperti Malaysian Book Publishers Association (MABOPA), Persatuan Kontraktor Buku Malaysia (PKBM), Malaysian Book Exporters and Importers Association (MBEIA), (Malaysian Booksellers Association (MBA) dan Malaysian Bumiputera Book Publishers and Distributors Association (IKATAN), disokong oleh Malaysian Scholarly Publishing Council (MAPIM) dan lain-lain persatuan. Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin akan merasmikan Pesta ini pada hari Isnin, 25 April 2011.

Pelbagai acara dianjurkan bersempena dengan. Pesta ini. Antaranya pada 20 dan 21 April dianjurkan Trade and Copyright Center (Pusat Dagangan Hakcipta) dan Persidangan Buku Antarabangsa. Selain itu pelancaran buku dan forum buku turut diadakan sepanjang 10 hari PBAKL berlangsung. Kempen Jom Baca 1Malaysia yang dianjurkan oleh Yayasan Pembangunan Buku Negara (YPBN) turut menjadi fokus utama.

Tahun ini genaplah 30 tahun PBAKL dianjurkan, Pesta ini bertambah cemerlang. Para pengunjung membanjiri dari pagi hingga ke malam. Saban tahun lebih 1 juta pengunjung datang berpusu-pusu untuk membeli buku-buku pada harga diskaun.

Tahun ini Kumpulan Karangkraf kekal sebagai pempamer terbesar sebanyak 50 gerai dan mensasarkan jualan 1.5 juta. Lain-lain penerbit besar seperti PTS, Utusan Melayu, Sasbadi, Kumpulan al-Hidayah, Creative Enterprise dan penerbit-penerbit universiti (MAPIM) berlumba-lumba mempamerkan buku masing-masing. Begitu juga penerbit-penerbit besar antarabangsa seperti Macmillan, John Wiley. Thompson. McGraw-Hill dan Penerbit Fajar Bakti yang mengungguli penerbitan buku teks dan buku rujukan pusat pengajian tinggi.

Buku 'A Doctor in The House' karya Tun Dr Mahathir akan menjadi daya penarik. Tun Dr Mahathir mantan Perdana Menteri Malaysia itu akan hadir menandatangan autograf buku karya beliau pada hari Sabtu, 23 April 2011, jam 11 pagi hingga 12.00 tengahari.

PBAKL 2011 ini sudah pasti menjadi pemangkin industri buku di Malaysia. Walaupun bajet pembelian buku tidak bertambah, tetapi kemeriahan penerbit menghasilkan buku yang bermutu tinggi harus dibanggakan. Perpustakaan awam dan perpustakaan IPTA/IPTS (institusi pengajian tinggi) wajib menyediakan bajet yang secukupnya supaya buku yang diterbitkan dapat dibeli. Penerbit buku untuk pasaran tempatan akan lumpuh jika tidak disokong bajet perolehan kerajaan.

Langkah berani Institut Terjemahan Negara Malaysia (ITNM) menterjemahkan pelbagai tajuk buku ke dalam bahasa Malaysia harus diberi pujian. Usaha memperbanyakkan judul buku tempatan mesti disokong. Agensi kerajaan dan penerbit swasta mesti memandang serius dalam menerbitkan buku-buku tempatan.

Sejajar dengan usaha kerajaan untuk mencapai status negara maju menjelang 2020 harus disertai dengan minda rakyat Malaysia yang rajin membaca dan tinggi ilmunya. Rakyat Malaysia harus mengamalkan budaya yang benar-benar melambangkan masyarakat di sebuah negara yang maju.

Mengikut kajian UNESCO, sesebuah masyarakat di negara maju mestilah menerbitkan mengikut nisbah 1,000 judul buku untuk setiap sejuta penduduk. Menjelang 2020 penduduk Malaysia akan mencapai 30 juta orang. Justeru 30,000 judul buku harus dihasilkan setiap tahun. Tetapi sehingga tahun 2010, Malaysia hanya mampu menebitkan sekitar 15,000 judul buku baru sahaja setahun.

Ini bermakna kita masyarakat Malaysia baru mencapai 50% sahaja dari sasaran sebenar sebuah masyarakat negara maju. Kenapa? Sedangkan kita mempunyai lebih 380,000 orang guru yang mengajar di sekolah menengah dan rendah di seluruh negara. Jika 10% sahaja mereka ini mengarang buku mengikut pengalaman masing-masing, sebanyak 38,00 manuskrip buku baru dapat dihasilkan setahun.

Demikian juga pensyarah, profesor madya dan profesor di pusat-pusat pengajian tinggi IPTA dan IPTS sudah mencecah lebih 50,000 orang. Kalau 10% menghasilkan manuskrip, sudah ada 5,000 judul buku baru setiap tahun. Dimanakah cendekiawan kita? Kenapa mereka tidak menghasilkan buku sendiri. Siapa yang lebih berwibawa menghasilkan skrip buku jika bukan para pensyarah? Siapakah yang lebih layak berbicara tentang disiplin murid-murid di sekolah jika bukan guru-guru? Kenapa mereka tidak mengarang buku?

Di Malaysia rata-rata penerbit dan pengarang menerbitkan buku kerana nilai komersial, mencari pulangan keuntungan yang lumayan. Sangat sedikit yang menghasilkan buku untuk bahan bacaan yang dikongsi bagi membina masyarakat yang benar-benar berketrampilan dan membina sahsiah kemasyarakatan yang baik.

Justeru itu Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2011 mengajak masyarakat membudayakan buku sejajar dengan tema tahun ini Buku: Dunia Tanpa Sempadan.

our statesman....thank you Tun...............

drawing competition for school children.......

cute little lady waiting for her show.......

prize giving to the winners....

....at the back stage of drawing competition.....tq..

pictures : collection

0 comments:

Post a Comment

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 Beautiful Malaysia |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.