GUEST BOOK

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Salam Kemaafan di Aidilfitri

Eid Mubarak 2011 Slideshow: Kamarul’s trip to Kampung Pulau Sebang (near Kampong Masjid Tanah), Melaka State, Malaysia was created by TripAdvisor. See another Kampong Masjid Tanah slideshow. Create a free slideshow with music from your travel photos.


Tradisi tembikar ini diusahakan oleh penduduk tempatan di pendalaman seperti para penduduk di Kampung Sayong, Kuala Kangsar, Perak Darul Ridzuan. Labu sayong biasanya dibuat dalam dua warna iaitu hitam dan coklat. Bentukya ialah leper seperti labu bocong, labu tela, labu pucung dan labu panai. Hiasan yang kebanyakannya digunakan ialah pecah empat, bunga api, bunga lawang, bunga cakar ayam, bunga tanjung, bunga cengkih dan pucuk rebung. Salah satu keunikan labu ini ialah ianya diilhamkan daripada bentuk buah labu itu sendiri dan corak yang digunakan lebih bersifat semulajadi atau nature, ini mungkin kerana ianya biasanya dihasilkan oleh kaum wanita maka, secara tidak langsung, jiwa mereka yang lebih sensitif turut dipaparkan melalui corak yang dihasilkan. Teknik yang biasanya digunakan ialah teknik lingkaran dan picit bagi proses pembentukkan labu sayong.

Biasanya tanah liat yang digunakan namun, bagi penduduk Kampung Sayong, mereka menggunakan sejenis tanah yang terdapat di daerah Sayong. Namun, mengikut para penghasil labu sayong yang lain, tanah yang sesuai digunakan ialah tanah yang didapati satu kaki daripada aras permukaan bumi. Tanah liat yang digunakan untuk penghasilannya ialah tanah liat yang berwarna kelabu dan tanah liat yang berwarna kemerah-merahan. Alatan yang digunakan ialah batu sungai, pengukir, perepek, span, pinggan, papan rata atau papan gelak, gergaji kecil, pengguris dan roda pembentuk tembikar.

Teknik yang digunakan bagi proses pembuatan Labu Sayong.

Teknik Picit

Teknik yang biasa digunakan kerana mudah dilakukan oleh penduduk di Kampung Sayong kerana ianya mudah dipraktikkan. Ia hanya memerlukan kecekapan kedua-dua belah tangan. Cara membuatnya hanya dengan mengepal tanah liat dan membentuk lubang ditengah-tengahnya, kemudiannya teknik memicit dilakukan dengan ibu jari.

Teknik Kepingan

Tanah liat yang diproses akan digelek sehingga menjadi kepingan dengan menggunakan penggelek tanah liat. Kepingan tersebut kemudiannya akan dibentuk mengikut acuan yang telah disediakan.

Teknik Tuangan

Dilakukan dengan menggunakan sejenis tanah liat yang cair yang telah diproses terlebih dahulu dikenali sebagai slap. Ianya kemudian akan dituangkan ke dalam acuan yang diperbuat daripada Plaster Paris.

Teknik Lingkaran

Teknik yang menggunakan roda pemutar atau piring sebagai pelapik. Roda tersebut akan dipusingkan dalam proses membuat labu sayong.

Pembentukan Labu Sayong

Pembentukan labu bermula di bahagian kemudian barulah diikuti bahagian lehernya. Garis pusatnya berukuran 12.5 sm. Tanah liat diuli memanjang supaya mudah digelung dalam bentuk bulat untuk dijadikan perut labu. Kerja ini dibuat secara perlahan-lahan dan berperingkat-peringkat. Tujuannya untuk membiarkan bahagian yang dibuat kering sebelum disambung dengan kerja yang baru. Permukaannya ditekan dari luar manakala bahagian dalamnya ditahan dengan menggunakan tangan. Pisau buluh digunakan untuk melicinkan permukaan tembikar dengan mengikis bahagian yang tidak rata. Bahagian badan dan kepalanya perlu disiapkan terlebih dahulu. Labu-labu yang telah disiapkan diletakkan ditempat redup untuk menggelakkannya retak. Labu ini dibiarkan selama lima belas (15) hari.

Corak

Teknik membuat ragam hias ini menggunakan alat-alat seperti pelapik kayu berukir, pengukir besi dan kayu, pengguris dawai, kikiran bunga pecah lapan dan ukiran bunga separuh bulat. Terdapat berbagai-bagai jenis rupa bentuk seni tembikar, rupa bentuk yang paling terawal dicipta ialah periuk, belanga dan kukusan. Gaya bentuk atau motif corak yang digunakan ialah bebas ataupun bercorak semulajadi.

Proses Pembakaran Labu Sayong Secara Tradisional

Bahan untuk pembakaran ialah sabut kelapa, kayu kering, buluh kering, daun pisang kering dan rumput kering.

Proses pembakaran terbahagi kepada dua peringkat iaitu menyalai dan membakar. Proses menyalai tembikar dilakukan di atas para dengan bahan-bahan pembakaran selama lebih kurang enam (6) jam sehingga warna nya menjadi kelabu tua dan kemerah-merahan. Selepas disalai barulah dilakukan proses pembakaran secara terbuka dengan menutupi bahan-bahan pembakaran di atas tembikar atau labu tersebut. Suhu kepanasan pembakaran ialah antara 700-900 celcius dan proses ini mengambil masa lebih kurang dua (2) jam sehingga bahan pembakaran hangus menjadi abu. Labu yang telah dibakar akan dibiarkan sejuk sebelum dikeluarkan dari tempat pembakaran. Labu Sayong yang telah siap dibakar akan diambil kemudian, damar digunakan untuk menyapu bahagian bawah labu sayong bagi memastikan bahagian bawahnya tidak mengalami sebarang kerosakkan serta tahan lebih lama dan tidak mengalami sebarang kebocoran semasa mengisi air simpanan.

Kegunanaan dalam Kehidupan Harian

Labu Sayong bukan sahaja menjadi tempat untuk menyimpan air, bahkan turut berfungsi sebagai bahan penting dalam upacara keagamaan, senibina, bahan perhiasan dan juga cenderahati, malahan air yang disimpan di dalam labu tersebut bukan sahaja segar untuk diminum, bahkan, dapat dijadikan penawar kepada beberapa penyakit contohnya deman panas.

Bahagian Bawah Labu Sayong yang menyerupai buah labu



















0 comments:

Post a Comment

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 Beautiful Malaysia |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.